Penduduk mendengar ucapan EXCO Infrastruktur dan Pertanian Ir Izham Hashim ketika majlis Perasmian Dewan MPAJ Perwira Jaya di Kampung Perwira Jaya, Ampang Jaya pada 11 Februari 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOPBTSELANGOR

MPAJ: Manfaat kemudahan dewan sebaiknya, elak vandalisme

AMPANG, 12 FEB: Masyarakat khususnya penduduk di Kampung Perwira Jaya diharap dapat memanfaatkan kemudahan dewan baharu di kawasan itu dengan sebaiknya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata dewan tersebut dibina untuk memudahkan penduduk menganjurkan aktiviti kemasyarakatan seperti majlis perkahwinan.

“Kos membina dewan ini RM605,000 dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik mesyuarat, tandas dan parkir kereta.

“Oleh demikian, saya berharap penduduk dapat sama-sama menjaga kemudahan ini dengan sebaiknya dan mencegah kelakuan vandalisme,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Dewan MPAJ Perwira Jaya di sini semalam.

Terdahulu, EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim merasmikan dewan berkeluasan 3,011 meter persegi yang dibina sejak 2017.

Dewan MPAJ Perwira Jaya mula dibina pada Disember 2017 dan siap sepenuhnya pada November 2018 dan ia boleh disewa orang ramai dengan kadar RM100 sejam.

Dewan dibawah seliaan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPAJ itu dilengkapi dengan satu unit bilik mesyuarat, tandas dan 12 petak parkir kereta untuk kemudahan orang ramai.

 


Pengarang :