Penguat kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merampas barangan daripada sebuah premis dalam operasi bersepadu membenteras warga asing pada 7 Februari 2023. Foto Facebook MPAJ
PBTSELANGOR

MPAJ, polis serbu premis gaji pekerja asing, enam ditahan

SHAH ALAM, 7 FEB: Seramai enam warga asing ditahan dalam operasi bersepadu pihak polis dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini.

Operasi berkenaan bertujuan membenteras warga asing yang aktiviti perniagaan atau menggaji golongan terbabit.

“Tindakan penguatkuasaan disasarkan kepada premis-premis yang melanggar syarat lesen,” katanya di Facebook.

MPAJ kemudian menyita empat premis yang melakukan kesalahan Di bawah Undang-undang Kecil 4(4)(c) Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian (MPAJ) 2007.


Pengarang :