PBTSELANGOR

MPAJ tawar diskaun kompaun 80 peratus sempena Jelajah Selangor

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 24 FEB: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menawarkan pengurangan kompaun sehingga 80 peratus sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) daerah Gombak esok.

Bahagian Perhubungan Awam dan Sekretariat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan bayaran boleh dibuat di kaunter bergerak di tapak bazar Ramadan, Taman Melawati.

“Program akan turut dimeriahkan dengan Jelajah Ehsan Rakyat, saringan kesihatan percuma, kendera saji dan pameran agensi terlibat sebagai saluran informasi inisiatif Kerajaan Negeri,” katanya.

Turut diadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dari enam hingga 12 tahun dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM800 dengan mendaftar melalui https://forms.gle/ifDj69QbhPJCSrL69.

JKSP yang dahulu dikenali sebagai Jelajah Selangor Penyayang membuka semula tirainya pada 18 Februari di Klang mulai 9 pagi hingga 5 petang dengan pelbagai acara menarik disediakan.

Jelajah bagi mempromosi pelbagai inisiatif baharu dan ditambah baik untuk rakyat diteruskan ke beberapa daerah lain sehingga 14 Mei 2023.


Pengarang :