Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Noraini Roslan (tengah) bergambar bersama penaja pada majlis pelancaran Kayuhan Menjunjung Kasih 2022 edisi ke-3 bersama Raja Muda Selangor di Auditorium Raja Ismail MPK, Klang pada 8 Februari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPBT

MPK anjur kayuhan santai bersama Raja Muda Selangor sejauh 50km

KLANG, 8 FEB: Kayuhan Menjunjung Kasih edisi ketiga anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) kembali dianjurkan pada 12 Mac ini di Galeri Jualan Bandar Bukit Raja, di sini.

Yang Dipertuanya Noraini Roslan berkata kayuhan santai sejauh 50 kilometer (km) itu turut disertai Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

“Pada edisi kali ini kayuhan santai itu ditambah jarak kayuhan kepada 50km dengan melalui Klang Utara dan Klang Selatan berbanding 2019 jarak hanya 37.1km.

“Keunikan siri ketiga ini juga peserta kayuhan akan merentasi dua jambatan iaitu Jambatan Raja Muda Nala dan Jambatan Kota yang ada keunikan dan sejarah tersendiri,” katanya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Noraini Roslan menunjukkan baju Kayuhan Menjunjung Kasih 2022 edisi ke-3 bersama Raja Muda Selangor sambil diperhatikan oleh Ketua Unit Perniagaan 2 Sime Darby Faizal A Hamid ketika melancarkan kayuhan tersebut di Auditorium Raja Ismail MPK, Klang pada 8 Februari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Kayuhan Menjunjung Kasih Edisi Ketiga Bersama DYTM Raja Muda Selangor di Ibu Pejabat MPK di sini hari ini.

Noraini berkata peserta juga akan melalui kawasan pusat tarikan pelancong dan bangunan warisan di Klang sambil menikmati pemandangan infrastruktur tersusun serta keindahan suasana kawasan rekreasi Taman Bandar Bukit Raja.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Noraini Roslan bercakap kepada media selepas melancarkan Kayuhan Menjunjung Kasih 2022 edisi ke-3 bersama Raja Muda Selangor di Auditorium Raja Ismail MPK, Klang pada 8 Februari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Acara itu turut mendapat tajaan utama daripada Sime Darby Property (Sime Darby); Kossan Rubber Industries Bhd; Central Spectrum (M) Sdn Bhd; Samsung Electronics (M) Sdn Bhd; Sugarbomb Group; Luqsports Performance and Recovery Center; Proton Malaysia dan V-Sure.

Penyertaan dibuka kepada individu berusia 15 tahun ke atas dan pendaftaran boleh dibuat dengan melayari pautan https://chckpointspot.asia/event/kayuhan-menjunjung-kasih-23.

Setiap peserta dikenakan bayaran RM50 seorang dan mereka akan menerima sehelai baju, medal penamat, e-sijil, makanan dan layak menyertai cabutan bertuah.

Maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi talian 010-829 8687/ 012-324 2333/ 013-939 8999 atau e-mel [email protected].


Pengarang :