Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim (tengah) mengendalikan mesin ‘Walk Beach Comber’ ketika majlis pelancaran jentera pembersihan pantai dan penyerahan tong sampah di Pantai Morib, Kuala Langat pada 31 Januari 2023. Turut sama ADN Morib Morib Hasnul Baharuddin (empat,k iri). Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MPKL muncul PBT pertama di Selangor guna jentera moden bersihkan pantai

KUALA LANGAT, 1 FEB: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Selangor menggunakan jentera pembersihan pantai berteknologi terkini.

Pengurus besar kanan perkhidmatan korporat KDEB Waste Management (KDEBWM) berkata jentera ‘walk beach comber’ dan ‘glutton electric little picker’ digunakan bagi membersihkan Pantai Morib dan Pantai Baru Morib.

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat KDEB Waste Management Ahmad Rizal Mohd Daud berucap ketika majlis pelancaran jentera pembersihan pantai dan penyerahan tong sampah di Pantai Morib, Kuala Langat pada 31 Januari 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Ini adalah projek perintis dengan MPKL membabitkan keluasan pantai 4,400 meter dengan ‘walk beach comber’ mampu membersihkan 670 meter persegi kawasan pesisiran pantai dalam masa sejam dan mengambil masa kira-kira lapan jam sehari untuk keseluruhan pantai.

“Berbanding secara manual sekurang-kurangnya enam pekerja diperlukan bagi membersihkan keseluruhan kawasan pesisir pantai dalam tempoh sama sekali gus boleh mengurangkan kos tenaga kerja dan operasi,” kata Ahmad Rizal Mohd Daud.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat, Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim (dua,kanan) bersama ADN Morib Hasnul Baharuddin (tiga, kanan) melihat penggunaan mesin ‘Glutton Electric Little Picker’ ketika majlis pelancaran jentera pembersihan pantai dan penyerahan tong sampah di Pantai Morib, Kuala Langat pada 31 Januari 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Bercakap selepas majlis pelancaran jentera pembersihan dan penyerahan tong sampah di Pantai Baru Morib di sini semalam, beliau berkata KDEBWM mengutip hampir 10 tan sampah sekitar pantai berkenaan dalam tempoh sebulan.

“Kita akan kaji keberkesanan projek rintis ini dan sekiranya menunjukkan hasil memberangsangkan kita cadang untuk diperluas kepada PBT lain kerana penggunaannya boleh mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh selain mempercepatkan kerja pembersihan,” katanya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim (tengah) bercakap kepada media selepas majlis pelancaran jentera pembersihan pantai dan penyerahan tong sampah di Pantai Morib, Kuala Langat pada 31 Januari 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Sementara itu Yang Dipertua MPKL Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim berkata pihaknya sentiasa menerima aduan masalah sampah di kawasan peranginan berkenaan.

“Jadi kita telah fikirkan satu inisiatif untuk membantu pengunjung rasa selesa apabila mereka sampai berkelah bersama keluarga.

“Setakat ini baru bermula dengan dua pantai ini dan selepas ini mungkin akan diperluaskan ke Pantai Kelanang dan Pantai Cunang,” katanya.


Pengarang :