Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah dari belakang), EXCO Perumahan Rodziah Ismail (dua kanan dari belakang) dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim (kanan dari belakang) bergambar bersama pembeli Rumah Idaman di Pangsapuri Idaman Abadi, Persiaran Tropicana Heights, Semenyih, Kajang pada 24 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Negeri lulus bina 65,000 unit rumah mampu milik, penuhi keperluan B40, M40

SHAH ALAM, 17 FEB: Sebanyak 65,000 unit Rumah SelangorKu kategori Idaman dan Harapan diluluskan untuk pembinaan sejak 2018 hingga kini, kata  Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan daripada jumlah itu, 24,000 unit dalam proses kebenaran merancang, 6,500 sedang dibina manakala 2,400  sudah siap melibakan lokasi di Kajang dan Bangi.

“Baki projek yang lain akan melalui pelbagai proses ditetapkan seperti kebenaran merancang, pembinaan bangunan dan lain-lain.

“Kita sasar minima 30,000 unit dapat siap pada 2025. Kita akan pastikan projek siap pada masanya untuk memenuhi keperluan rakyat. Bagaimanapun ia turut bergantung kepada harga bahan mentah dan persekitaran pasaran terutama selepas penularan Covid-19,” katanya.

Berucap pada sidang media selepas majlis pecah tanah Rumah Idaman Kwasa Damansara, Amirudin menyasarkan lebih 6,000 rumah dapat disiapkan awal tahun depan selain memastikan projek lulus dilaksana segera.

Rumah Idaman dan Harapan antara inisiatif Kerajaan Negeri menerusi Iltizam Selangor Penyayang (ISP) bagi membantu keluarga berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40) memiliki kediaman selesa.

Projek perumahan tersebut dilaksanakan di beberapa lokasi antaranya Kajang, Bangi, Shah Alam, Cyberjaya dan Semenyih.

 


Pengarang :