Bangunan Bank Negara Malaysia – Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Operasi Bank Negara bantu kadar antara bank jangka pendek kekal stabil

KUALA LUMPUR, 24 FEB: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM40.79 bilion dalam sistem konvensional dan RM38.81 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada tender RM500 juta selama tujuh hari dan tender RM1 bilion bertempoh 14 hari, serta tender repo berbalik berjumlah RM150 juta untuk jangka masa 28 hari.

Ia juga akan menjalankan tiga tender Qard, terdiri daripada tender RM1.7 bilion (tujuh hari), tender RM800 juta (14 hari) dan tender RM1 bilion (21 hari).

Selain itu, BNM telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian penjualan dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM38.4 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM34.3 bilion bagi tender semalaman Murabahah.

– BERNAMA

 


Pengarang :