PBTSELANGOR

Orang ramai dipelawa sertai pertandingan memasak nasi ambeng, hadiah wang tunai menanti

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 6 FEB: Orang ramai dipelawa menyertai pertandingan memasak anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ahad ini.

Pertandingan bertemakan nasi ambeng itu menawarkan hadiah wang tunai RM500 untuk juara diikuti naib johan (RM300), ketiga (RM200) dan saguhati RM100 bagi pemenang tempat keempat hingga ke-10.

Menerusi Facebook, pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit memaklumkan pertandingan bermula jam 8 pagi bertempat di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah.

MPAJ berkata orang ramai yang berminat boleh mengisi borang penyertaan dengan yuran RM20 sebelum 10 Februari menerusi pautan https://forms.gle/YaJp3c79i6yXrpYq9.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Zakiah di talian: http://www.wasap.my/601173024108/PertandinganMemasak atau Shima http://www.wasap.my/601111905747/PertandinganMemasak.


Pengarang :