Air Selangor giat menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan yang terlibat gangguan bekalan tidak berjadual susulan paip pecah di di Persiaran Pekeliling, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Foto Facebook Air Selangor
AGENDANASIONAL

Paip pecah: Lori tangki air terus digerak sementara bekalan pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 28 FEB: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) giat menggerakan lori-lori tangki ke 14 kawasan terlibat kerja pembaikan paip pecah di Persiaran Pekeliling, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Menurut Air Selangor menerusi Facebook keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Dalam pada itu, pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

Terdahulu, Air Selangor memaklumkan insiden paip pecah mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 14 kawasan di wilayah Hulu Langat.


Pengarang :