Kanak-kanak menyertai acara sukaneka mengisi air dalam botol ketika Jelajah Selangor Penyayang di padang Taman Kosas, Ampang pada 19 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Pelbagai acara menarik di mini karnival DUN Templer esok

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 18 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer akan menganjurkan Mini Karnival Kasihku Templer di gelanggang futsal Apartmen Merak, Bukit Idaman, Selayang esok.

Pegawai khas Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer berkata program anjuran bersama parlimen Selayang yang bertujuan mengerat hubungan komuniti dengan pemimpin bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

“Pelbagai acara menarik diadakan untuk kanak-kanak dan dewasa antaranya mewarna kanak-kanak, makan biskut berpasangan, batu seremban wanita, memasak, sepak raga berkain batik dan dam.

“Selain hadiah untuk pemenang pertandingan, kita juga mengadakan cabutan bertuah untuk penduduk,” kata Rosli Kamaruddin.

Jelas beliau ADN Taman Templer Sany Hamzan dijangka hadir bagi memeriahkan mini karnival berkenaan.


Pengarang :