Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis Perasmian Pembukaan Jalan Baharu Raintree di Taman Sri Gombak, Gombak pada 4 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Penduduk DUN Sungai Tua bakal terima kemudahan pengangkutan mini percuma

Oleh AZIAN AZIZ

GOMBAK, 4 FEB: Dato’ Menteri Besar hari ini mengumumkan akan menyediakan pengangkutan mini percuma untuk penduduk Dewan Undangan Negeri Sungai Tua ke stesen komuter, pejabat pentadbiran kerajaan dan hospital.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pihaknya sedang mengumpul beberapa kenderaan seperti bas mini dan van untuk merealisasikan perkara itu.

“Kita akan usahakan menggunakan bajet yang telah ada pada 2023,” katanya ketika berucap pada perasmian jalan baharu Raintree, di Taman Raintree, Batu Caves di sini.

“Kenderaan mini ini akan menghubungkan saudara-saudara dengan beberapa pusat pentadbiran utama seperti Majlis Perbandaran Selayang, pejabat daerah dan tanah, pusat kesihatan dan sebagainya mengikut keperluan dan kehendak masyarakat.”

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan beg cenderamata kepada pengguna jalan ketika Majlis Perasmian Pembukaan Jalan Baharu Raintree di Taman Sri Gombak, Gombak pada 4 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Amirudin yang juga wakil rakyat Sungai Tua menambah kenderaan mini berkenaan bukan sahaja mengikut laluan utama Bas Smart Selangor, malah akan ke kawasan yang  tiada perkhidmatan bas awam.


Pengarang :