Ahli Parlimen Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari sesi perbahasan titah Diraja di Dewan Rakyat pada 20 Februari 2023. Foto YUISR
AGENDANASIONAL

Pengeluaran KWSP jejas hari tua pencarum, ‘tinggal 68 sen belanja sehari’

SHAH ALAM, 20 FEB: Ahli Parlimen Gombak khuatir pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi kesan jangka panjang kepada ekonomi dan hari tua pencarum.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan perkara itu merupakan sebab utama Kerajaan Perpaduan tidak membenarkan pengeluaran khas KWSP sekali lagi walaupun diasak pembangkang.

“Menerusi kajian yang dibentangkan ketika program pemukiman kami baru-baru ini ada sebahagian pencarum hanya ada 68 sen sahaja sehari jika umur mereka mencecah antara 75 hingga 78 tahun.

“Sebab itu kerajaan perlu pertimbang antara tanggungjawab dan populis, serta gesaan yang dibangkitkan pembangkang supaya tidak tertipu dengan propaganda,” katanya ketika sesi perbahasan titah Diraja di Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan sedang mencari penyelesaian bagi mengurangkan beban rakyat menghadapi masalah kewangan tanpa perlu mengeluarkan simpanan KWSP.


Pengarang :