PBTSELANGOR

Permohonan tapak bazar Ramadan MPAJ 2023 dibuka semula

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 22 FEB: Permohonan tapak bazar Ramadan 2023 bagi kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dibuka semula mulai kelmarin.

Setiausahanya berkata antara lokasi paling banyak kekosongan termasuklah Kompleks Muhibah, Sri Bayu, Ukay Perdana dan Pandan Cahaya.

“Setakat ini, lebih 200 daripada keseluruhan 938 tapak masih dibuka untuk disewa kepada orang ramai.

“Keseluruhan 16 lokasi bazar Ramadan dianjurkan tahun ini,” kata Julaihah Jamaludin.

Bagi permohonan yang sudah lulus, topi dan apron boleh diambil di Galeri Aras 4, Menara MPAJ bermula 20 hingga 28 Februari.

Menurut Julaihah tiada perancangan untuk menganjurkan bazar mega bagi perayaan Aidilfitri buat masa ini.

“MPAJ tiada perancangan menganjurkan bazar mega Aidilfitri kerana kita ambil kira kesesakan yang akan berlaku sekiranya dianjurkan, apapun kita akan lihat keperluan (penganjuran) pada masa hadapan,” katanya.

Sebelum ini, permohonan tapak bazar Ramadan itu ditutup 31 Disember lalu namun dibuka semula berikutan terdapat kekosongan tapak.

Orang ramai yang berminat boleh memohon Lesen Sementara Pasar Juadah bagi 2023 melalui portal Sistem Penjaja MPAJ di pautan https://intranet.mpaj.gov.my/penjaja/login.php atau hubungi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan MPAJ di talian 03-42857344/7170 untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.


Pengarang :