Poster sempena Hari Hidupan dan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada Mac ini. Foto Facebook Taman Botani Negara Shah Alam
AGENSISELANGOR

Pertandingan cari harta karun meriahkan sambutan Hari Hidupan Liar dan Hari Wanita Sedunia

SHAH ALAM, 27 FEB: Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) akan menganjurkan aktiviti istimewa sempena Hari Hidupan dan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada Mac ini.

TBNSA memaklumkan program yang diadakan pada 4 dan 5 Mac itu turut mendapat kerjasama Jabatan Perhilitan negeri dan Jabatan Pembangunan Wanita Selangor.

Antara aktiviti menarik yang menanti pengunjung adalah jualan anak pokok, zumba, pertandingan mewarna, pertandingan mencari harta karun dan banyak lagi.

“Pelbagai hadiah menarik yang disediakan. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke TBNSA pada 4 dan 5 Mac ini. Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda,” katanya di Facebook.

Tiket masuk ke taman botani itu hanya RM1 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas, serta RM3 bagi remaja dan dewasa.

Taman yang terletak di Seksyen U11 di sini turut menyediakan perkhidmatan trem secara percuma kepada semua pengunjung.

TBSA atau dahulu dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cherakah dibangunkan pada April 1986 di atas tanah seluas 817 hektar.


Pengarang :