Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia di Putrajaya pada 20 Februari 2023. Foto facebook Anwar Ibrahim
AGENDANASIONAL

PM terima kunjungan ketua perwakilan diplomatik, bincang usaha tarik pelabur asing

KUALA LUMPUR, 20 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang bakal memulakan tugasan baharu di negara penempatan masing-masing kelak.

Anwar, dalam hantaran di laman Facebook, berkata antara perkara dibincangkan ialah mempergiat usaha menarik pelaburan asing yang berkualiti ke Malaysia.

“Saya turut berkongsikan hala tuju dasar luar Malaysia yang berteraskan konsep Malaysia Madani dalam kita mendepani cabaran semasa dan melangkah jauh lebih maju ke hadapan,” katanya.

Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka dan berharap nama Malaysia dapat dibawa ke tahap lebih baik.

— BERNAMA


Pengarang :