Foto Facebook Prasarana
AGENDANASIONAL

Prasarana teruskan pas bulanan My50, manfaat 180,000 pengguna

SHAH ALAM, 24 FEB: Inisiatif pas bulanan My50 di bawah Prasarana diteruskan untuk mengurangkan kos pengangkutan penduduk di Lembah Klang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 berkata inisitif tersebut memanfaat hampir 180,000 pengguna perkhidmatan rel dan bas.

“Selain itu, Prasarana secara rintis akan memperkenalkan Pas Perjalanan Tanpa Had myBAS50 untuk manfaat rakyat Johor Bharu yang menggunakan perkhidmatan bas henti-henti Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST).

“Kerajaan juga menyediakan RM150 juta untuk program SBST termasuk peluasan pelaksanaan program tersebut ke bandar Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu,” katanya.


Pengarang :