Orang ramai beratur untuk membuat semakan di Pusat Mengundi Sekolah Rendah Agama Pekan Hulu Langat, Batu 14, Hulu Langat pada 19 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

PRN: Agihan kerusi parti kerajaan diumum hujung Mac

PETALING JAYA, 26 FEB: Pembahagian kerusi Kerajaan Perpaduan membabitkan Pakatan Harapan (HARAPAN), Barisan Nasional (BN) dan beberapa dalam pilihan raya negeri (PRN) dijangka diumum hujung Mac.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata rundingan secara rasmi sudah diadakan bersama enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang.

“Saya jangka (pengumuman hasil rundingan) mungkin diumumkan sebelum hujung Mac atau lebih awal. Tidak semestinya semua negeri diumumkan serentak, mungkin ada sesetengah negeri umum dahulu.

“Apa pun kita tunggu pengumuman rasmi daripada Sekretariat Kerajaan Perpaduan,” katanya Fahmi Fadzil.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pemantapan Penerangan KEADILAN Selangor di Hotel TH di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) memaklumkan pihaknya telah mencapai persetujuan bersama lima negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun bagi memberi laluan kepada PRN masing-masing.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kesepakatan itu dicapai dalam satu pertemuan antara enam menteri besar serta ketua menteri di ibu negara baru-baru ini.

Tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan kini dibawah pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN), sementara Terengganu, Kedah dan Kelantan, dibawah teraju Perikatan Nasional.

PRN itu perlu diadakan memandangkan tempoh mandat DUN di enam negeri berkenaan akan berakhir pertengahan tahun ini.


Pengarang :