Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail menyerahkan sumbangan kepada wakil Surau Fatimah Az-Zahrah, Taman Kosas pada 2 Februari 2023. Foto Facebook Rodziah Ismail.
ADNSELANGOR

Pusat Khidmat Parlimen Ampang sumbang RM20,000 kepada Surau Fatimah Az-Zahra

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 4 FEB: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang menyerah sumbangan RM20,000 kepada Surau Fatimah Az-Zahrah, Taman Kosas.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Parlimennya Rodziah Ismail kepada wakil surau bagi tujuan mengimarahkan rumah ibadat itu dengan pelbagai aktiviti.

“Kita berharap sumbangan ini dapat digunakan untuk menjayakan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada kariah serta penduduk setempat.

“Sumbangan ini juga boleh digunakan untuk menambah keceriaan surau. Penganjuran aktiviti juga secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim sesama kariah,” katanya kepada Selangorkini.

Dalam pada itu, Rodziah yang juga EXCO Kerajaan Negeri memaklumkan pihaknya turut mengambil peluang mendengar aduan serta cadangan penduduk setempat.

“Antara keluhan penduduk terutama tentang status Dusun Bandar Taman Kosas, projek ini sepatutnya siap pada Jun 2022. Sebelum dinaik taraf, penduduk selalu beriadah di situ setiap pagi dan petang.

“Kita akan melihat apakah kekangan yang berlaku disebalik isu ini bersama pihak berkuasa tempatan,” katanya.


Pengarang :