AGENDANASIONAL

Ramalan hujan lebat di KL, lima daerah di Selangor hingga 11 malam

SHAH ALAM, 9 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Hulu Langat di Selangor hingga 11 malam ini.

Agensi tersebut mengeluarkan ramalan sama di seluruh Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Perak iaitu Perak Tengah, Hilir Perak dan Batang Padang.

Menerusi kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :