AGENDANASIONAL

Ribut petir di Selangor, KL dan Putrajaya sehingga 7 malam

SHAH ALAM, 1 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor sehingga jam 7 malam.

Menerusi Facebook, agensi memaklumkan situasi sama dijangka berlaku di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Pulau Pinang dan Labuan.

Manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim; Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) serta Kedah (Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu).

Sarawak pula di Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong, Sarikei, Sibu, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau); Sabah (Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), serta di Pantai Barat dan Sandakan (Telupid dan Sandakan).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :