Antara aktiviti yang diadakan dalam program Hari Klang Tanpa Kenderaan Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Padang Laman Seni Safari, Klang pada 26 Februari 2023. Foto Facebook MPK
PBTSELANGOR

Sambutan Hari Klang Tanpa Kenderaan meriah, lebih 500 pengunjung hadir

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 27 FEB: Lebih 500 pengunjung memeriahkan program Hari Klang Tanpa Kenderaan Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Padang Laman Seni Safari, Klang semalam.

Yang Dipertuanya berkata acara anjuran bersama Pejabat Kesihatan Daerah Klang menampilkan tema Klang Sihat dan Sejahtera, Ke arah Bandar Raya Idaman.

“Ini adalah program permulaan untuk tahun ini dan akan diteruskan pada bulan berikutnya seperti tahun lalu.

“Pada hari ini juga kita turut adakan aktiviti ‘Fun Walk’ bagi memupuk gaya hidup sihat yang bawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan serta menyemai budaya hidup aktif melalui aktiviti berjalan kaki,” kata Noraini Roslan dalam kenyataan semalam.


Aktiviti berbasikal turut diadakan dalam program Hari Klang Tanpa Kenderaan Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Padang Laman Seni Safari, Klang pada 26 Februari 2023. Foto Facebook MPK

Berlangsung dari jam 7.30 pagi program turut menyediakan pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan, pameran denggi dan pertandingan mereka bentuk bangunan warisan Klang menggunakan bahan kitar semula.

Orang ramai juga berpeluang menyertai pertandingan melukis poster plastik sifar, pertandingan melakar kolaj (tampalan) bertemakan bangunan warisan Klang menggunakan bahan plastik terpakai dan pertandingan kumpul Zero Waste Selfie.


Pengarang :