Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kiri) melihat replika kondominium dari pemaju Impiana Land and Development Sdn Bhd selepas merasmikan majlis pecah tanah Rumah Idaman Kwasa Damansara di Kwasa Damansara, Shah Alam pada 17 Februari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor alukan kerjasama GLC bina lebih banyak rumah mampu milik

SHAH ALAM, 17 FEB: Kerajaan Selangor mengalu-alukan kerjasama anak syarikat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membina lebih banyak rumah mampu milik di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sinergi tersebut akan memberi dampak besar bukan hanya kepada penduduk Selangor tetapi juga Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Kita alu-alukan penglibatan anak syarikat terutama yang mempunyai modal besar. Lazimnya yang bekerja di Lembah Klang memilih Selangor sebagai tempat kediaman.

“Kediaman selesa mampu melahirkan sumber manusia berkualiti, berkemampuan, tenang dan tidak tertekan walau berdepan cabaran urbanisasi,” katanya pada sidang media majlis pecah tanah Rumah Idaman Kwasa Damansara hari ini.

Projek melibatkan pembinaan 4,649 unit rumah itu dikendalikan Permodalan Negeri Selangor Berhad bersama anak syarikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Kwasa Land Sdn Bhd.

Berkeluasan 1,000 kaki persegi, unit ditawar pada harga RM250,000 yang dilengkapi dua lot parkir, pendingin hawa, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk serta televisyen.

Projek bagi membantu penduduk Selangor memiliki kediaman sendiri sudah dilaksanakan di beberapa lokasi antaranya Kajang, Bangi, Shah Alam, Cyberjaya dan Semenyih.


Pengarang :