Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengadakan sidang media selepas merasmikan Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) di Pangsapuri Sri Perantau, Klang pada 18 Februari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor mohon dana baik pulih kediaman kos rendah untuk keselesaan penduduk

KLANG, 18 FEB: Selangor mohon peruntukan kerajaan persekutuan bagi membaik pulih fasiliti dan infrastrutur pangsapuri kos rendah di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar berkata kebanyakan kediaman kategori itu dibina awal 1970-an dan 1980-an menyebabkan keadaannya sudah tidak lagi memberi keselesaan.

“Semalam saya bersama perdana menteri, bersolat di Sepang. Antara isu penting saya sampaikan adalah rumah kos rendah. Biasanya tentang penyelenggaraan termasuk air, api (elektrik) dan utiliti.

“Saya harapkan dana khas kerajaan persekutuan untuk pastikan keselesaan penduduk di pangsapuri kos rendah ini,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau ditemui pada sidang media selepas melancarkan program Jelajah Kita Selangor Penyayang di Pangsapuri Seri Perantau hari ini.

Semalam Amirudin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 3,000 jemaah di Masjid Taman Putra Perdana, Sepang.

Sebelum itu dua pemimpin berkenaan menikmati makan tengah hari di pusat penjaja Taman Putra Perdana, yang terletak 1.1 kilometer dari masjid terbabit.


Pengarang :