Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil ketika berucap pada Majlis Pelancaran RTM sebagai rakan penyiar Liga Malaysia 2023 di Wisma TV, Kuala Lumpur pada 14 Februari 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Sentiasa hargai, kerajaan tidak kurangkan bilangan penjawat awam

KUALA LUMPUR, 17 FEB: Kerajaan tidak pernah mempunyai sebarang rancangan atau perbincangan untuk mengurangkan bilangan penjawat awam di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata kerajaan sentiasa menghargai kerjasama penjawat awam selama ini.

“Berita 757 oleh Awesome TV siarkan kononnya ada cadangan daripada ‘pemerhati’ untuk kurangkan bilangan penjawat awam.

“Kerajaan nafi sekeras-kerasnya tuduhan yang menyatakan penjawat awam akan dikurangkan.

“Oleh itu, saya meminta Berita 757 untuk memberi penjelasan tentang idea dan cadangan mengarut ini,” katanya dalam hantaran di Twitter hari ini.

— BERNAMA


Pengarang :