EXCO Infrastruktur dan Pertanian Ir Izham Hashim bersalaman bersama penduduk pada majlis Perasmian Dewan MPAJ Perwira Jaya di Kampung Perwira Jaya, Ampang Jaya pada 11 Februari 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Serah senarai jalan rosak, kritikal dan berlubang untuk projek turap mega

AMPANG, 12 FEB: Pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini diminta mengenal pasti jalan kritikal di kawasan pentadbiran masing-masing yang perlu diturap menerusi projek turapan secara besar-besaran.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata PBT perlu menyenaraikan jalan rosak bagi membolehkan tampalan dibuat bermula Mac depan.

“Peruntukan telah diluluskan dan kita minta setiap PBT muktamadkan kawasan mana terbabit sebelum hantar senarai jalan berlubang.

“Projek tampalan jalan mega ini bukan sekadar menampal sahaja tetapi menurap keliling yang berlubang. Kita jangka projek ini selesai dalam tempoh tiga bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Perwira Jaya di sini semalam.

Menerusi belanjawan tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM145 juta untuk meningkatkan sistem jaringan jalan raya bagi memberi keselesaan kepada pengguna yang semakin bertambah.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM40.98 juta diagih kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melaksanakan pembinaan jalan baharu di beberapa lokasi.


Pengarang :