Sebahagian wakil komuniti menyertai Taklimat Skim Air Darul Ehsan bersama wakil komuniti setempat di Dewan Jubli Perak, SUK Selangor. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Skim air percuma dibuka mulai hari ini untuk penduduk Selangor 

SHAH ALAM, 6 FEB: Penduduk di negeri ini boleh memohon skim air percuma 20 meter padu sebulan menerusi Skim Air Darul Ehsan (SADE) hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi Twitter turut berkongsi video langkah pendaftaran dengan melayari www.airselangor.com/residential/skim-air-darul-ehsan.

Pada Ogos tahun lalu, Dato’ Menteri Besar memaklumkan kira-kira 100,000 lagi akaun pengguna bakal menikmati skim berkenaan dengan kos lebih RM30 juta ditanggung sepenuhnya Kerajaan Selangor.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata setakat Oktober 2022, lebih 300,000 akaun pengguna menikmati skim berkenaan dengan pendaftaran masih terbuka kepada penduduk Selangor sehingga 31 Disember 2024.

Menurutnya had minimum pendapatan yang layak menerima manfaat insentif tersebut dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM5,000.

Syarat kelayakan meliputi pemohon mestilah warganegara Malaysia, premis kediaman jenis meter individu dan hanya untuk satu akaun sahaja.

 

 

 


Pengarang :