EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah melihat permainan yang terdapat di Muzium Permainan Tradisional Kuala Selangor pada 14 Februari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sukan, setem antara lima muzium baharu, siap akhir tahun

KUALA SELANGOR, 14 FEB: Selangor akan memiliki lima lagi muzium yang sedang dibina dan siap dalam tempoh terdekat, kata EXCO kebudayaan dan warisan.

Borhan Aman Shah berkata lima muzium itu ialah Muzium Setem, Muzium Sukan, Muzium Tekstil, Selangor Art Gallery dan Muzium Perlombongan Kapal Korek.

Borhan Aman Shah. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Semua muzium itu sedang dibina. Sebagai contoh, Selangor Art Gallery ketika ini diambil alih oleh JKR (Jabatan Kerja Raya) untuk kerja baik pulih dan ubah suai premis bank lama kepada galeri seni.

“Kita jangka semua muzium itu dapat disiapkan hujung tahun ini atau selewatnya tahun depan,” katanya selepas merasmikan Muzium Permainan Tradisional, Bukit Melawati di sini, hari ini.

Antara tarikan di Muzium Permainan Tradisional Kuala Selangor yang dibuka secara rasmi mulai 14 Februari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Borhan berkata Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) juga giat melaksanakan kerja naik taraf serta baik pulih Muzium Negeri (Muzium Sultan Alam Shah) yang dijangka siap akhir tahun ini.

Beliau turut berharap PADAT mengikuti garis panduan International Conference of Museum atau (ICOM) bagi memainkan peranan dengan lebih efisien dan pengurusan yang optimum.

Antara tarikan di Muzium Permainan Tradisional Kuala Selangor yang dibuka secara rasmi mulai 14 Februari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Di samping menyelenggara muzium sedia ada, muzium baru yang bakal diwujudkan juga menjadi penunjuk aras Kerajaan Selangor dalam memelihara sejarah, warisan dan budaya negeri ini,” katanya.


Pengarang :