DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (tengah) berkenan menerima menghadap Ketua Polis Selangor baharu Dato’ Hussein Omar Khan (dua, kiri) di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 27 Februari 2023. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENSISELANGOR

Sultan berkenan terima menghadap ketua polis Selangor baharu

SHAH ALAM, 28 FEB: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap ketua polis Selangor baharu di Istana Bukit Kayangan, di sini semalam.

Facebook Royal Selangor Office memaklumkan Dato’ Hussein Omar Khan yang berkhidmat hampir 27 tahun sebagai anggota polis dilantik berkuat kuasa 24 Februari lalu.

“Turut menghadap, Timbalan Ketua Polis Selangor Dato’ S Sasikala Devi,” maklumnya.

Hussein, 52, lulusan Ijazah Sarjana Sains Siasatan Forensik, Universiti Leicester, United Kingdom merupakan bekas timbalan pengarah (risikan/operasi), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

 


Pengarang :