DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat memenuhi undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengadakan pertemuan di kediaman rasmi di Seri Perdana, Putrajaya pada 4 Februari 2023. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
AGENDANASIONAL

Sultan Johor berkenan berkunjung ke kediaman rasmi PM

JOHOR BAHRU, 4 FEB: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat mengunjungi kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, dengan beberapa foto turut dikongsi di platform media sosial itu.

Sultan Ibrahim turut memaklumkan bahawa kunjungan tersebut adalah bagi memenuhi undangan Perdana Menteri ke-10 itu.

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat memenuhi undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengadakan pertemuan di kediaman rasmi di Seri Perdana, Putrajaya pada 4 Februari 2023. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Pada pertemuan itu, Anwar turut mempersembahkan taklimat kepada baginda berhubung lawatan kerja beliau ke Singapura, pada Isnin (30 Jan) lepas.

Pada sesi lawatan Ahad lepas, Anwar telah membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Halimah Yacob selain mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong. – BERNAMA

 


Pengarang :