Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat melakukan lawatan peribadi ke Doha, Qatar baru-baru ini. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Sultan lawat Qatar, kagumi manuskrip usia 1,300 tahun

SHAH ALAM, 14 FEB: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat melakukan lawatan peribadi ke Perpustakaan Negara Qatar di Doha, Qatar baru-baru ini.

Lawatan Baginda turut diiringi Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Perpustakaan Negara Qatar. Foto Facebook Selangor Royal Office

Ketika lawatan itu Baginda menzahirkan rasa kagum dengan koleksi hampir sejuta naskhah buku selain arkib manuskrip lama serta peta turun temurun dunia Arab yang masih disimpan dengan baik.

Baginda turut melawat Muzium Negara Qatar dan memuji reka bentuk bangunan muzium itu yang menyimpan pelbagai artifak serta bahan sejarah sejak awal penubuhan negara terbabit.

Muzium Kesenian Islam Qatar. Foto Facebook Selangor Royal Office

Ketika di Doha, Baginda turut melawat Muzium Kesenian Islam yang menyimpan koleksi buku peradaban Islam, bahan kesenian Islam, kaligrafi, serta tekstil yang ada di antaranya berusia hampir 1,300 tahun.

Di samping itu Baginda turut berkesempatan singgah di Muzium Sukan dan Olimpik yang merupakan muzium sukan terbesar di dunia.

Muzium Sukan dan Olimpik Qatar. Foto Facebook Selangor Royal Office

Muzium itu mempamerkan koleksi berharga yang disumbangkan atlet sukan tersohor dunia termasuk jersi dan piala.


Pengarang :