Sukarelawan Team Selangor bekerjasama dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Olak Lempit menjayakan program gotong-royong pada 29 Januari 2023. Foto Facebook Team Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Team Selangor jayakan gotong-rotong bersih Kampung Olak Lempit

SHAH ALAM, 3 FEB: Team Selangor bekerjasama dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Olak Lempit menjayakan program gotong-royong Sabtu lalu.

Menurutnya di Facebook, 30 sukarelawan termasuk ahli Majlis Perbandaran Kuala Langat Zon 13 terlibat dalam program bagi memelihara kebersihan persekitaran itu.

“Program diadakan bukan sahaja untuk memelihara kebersihan persekitaran kampung bahkan mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan masyarakat.

“Semoga perpaduan yang telah terbina ini dapat kekal selamanya,” katanya.

Tahun lalu, Team Selangor mula mengadakan program gotong-royong kutipan sampah sebagai langkah menyedarkan masyarakat kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar.

Menerusi program tersebut, sebanyak 2,719 kilogram sampah pelbagai jenis berjaya dikutip di 14 kawasan tumpuan bermula di Pantai Remis, Kuala Selangor.

Kutipan sampah meliputi plastik (1,122 kg), kertas (1,320 kg), kaca (122 kg) dan aluminium (155 kg) menerusi program pemuliharaan alam sekitar.

 


Pengarang :