Duli Yang teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke London, United Kingdom untuk menghadap King Charles III di Istana Buckingham pada 1 Februari 2023. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Tengku Amir Shah berkenan menghadap King Charles III di Istana Buckingham

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 5 FEB : Duli Yang teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke London, United Kingdom untuk menghadap King Charles III di Istana Buckingham pada 1 Februari lalu.

Selangor Royal Office menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan pertemuan resepsi tersebut dihoskan sendiri oleh King Charles III.

“Dalam acara berkenaan, DYTM Tengku Amir Shah selaku Penaung Diraja Selangor Youth Community (SAY) telah menyertai wakil-wakil pelbagai komuniti dari Asia Tenggara termasuk organisasi kebajikan, seni, media, kesihatan dan perniagaan.

“DYTM Tengku Amir Shah dan King Charles III telah bekerjasama sejak tiga tahun lalu dalam usaha membantu lebih 100 belia berisiko mendapatkan akses dan peluang pekerjaan dan pendidikan.

“Kerjasama ini direalisasikan menerusi kolaborasi di antara SAY dan Prince’s Trust International (PTI),’’ maklum kenyataan itu.


Pengarang :