Rektor Universiti Islam Selangor (UIS) Dato’ Dr Mohd Farid Ravi Abdullah (enam, kiri) menerima kunjungan hormat delegasi Universitas Darunnajah diketuai Rektor Dr Much Hasan Darojat (empat, kanan) di UIS, Bangi pada 8 Februari 2023. Foto Facebook UIS
AGENSISELANGOR

UIS kerjasama dengan universiti Indonesia babit program pertukaran pelajar

SHAH ALAM, 10 FEB: Universiti Islam Selangor (UIS) akan bekerjasama dengan pusat pengajian tinggi dari Jakarta Selatan menerusi program pertukaran pelajar dan tenaga akademik.

Pengarah pusat jaringan komuniti dan industri UIS memaklumkan program yang dijangka bermula suku ketiga tahun ini bersama Universitas Darunnajah membabitkan pelbagai bidang.

“Kerjasama lain yang bakal diteroka termasuk mengadakan aktiviti penyelidikan bersama pensyarah di kedua-dua universiti,” kata Dr Rabiathul Adhabiyyah Sayed Abudhahir ketika dihubungi.

“UIS dan Darunnajah juga akan menggalakkkan pensyarah untuk menghadiri seminar dan persidangan yang akan dijalankan di kedua-dua universiti.”

Pusat pengajian tinggi milik Kerajaan Selangor itu melahirkan 27,365 graduan antara 1998 hingga tahun lalu dengan pelajar semasa yang sedang mengikuti pengajian seramai 5,865 orang.


Pengarang :