Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (Unisel) ke-16 di Dewan Canselor Unisel kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 3 Disember 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Unisel tawar yuran pengajian percuma bagi program asasi, kemasukan April

SHAH ALAM, 23 FEB: Universiti Selangor (Unisel) menawarkan yuran pengajian percuma sehingga RM12,000 bagi semua program asasi untuk kemasukan April tahun ini.

Unisel menerusi Facebook memaklumkan permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi http://apply.unisel.edu.my mulai hari ini.

“Antara kelebihan melanjutkan pelajaran disini adalah tempoh pengajian bagi program asasi hanya setahun iaitu selama tiga semester selain suasana kampus yang selamat dan kondusif.

“Pelajar hanya perlu membayar kolej kediaman persis pangsapuri yang selesa dengan bayaran serendah RM200 sebulan sahaja,” maklum universiti berkenaan.

Hari pendaftaran bagi program ini adalah pada 6 April 2023. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Pejabat Pemasaran dan Kemasukan Unisel 03-5522 3400.

Berikut program asasi yang ditawarkan:
•Program Asas Teknologi Maklumat
•Program Asas Pengurusan
•Program Asas Sains
•Program Asas Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua)
•Program Asas Sastera
•Program Asas Sastera Trek Huffaz
•Program Asas Sains Trek Huffaz
•Program Asas Pengurusan Trek Huffaz
•Program Asas Teknologi Maklumat Trek Huffaz
•Program Asas Sarjana Muda Pendidikan Trek Huffaz


Pengarang :