Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) melakukan gimik pelancaran Skim Insurans Am Selangor (INSAN) sempena Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Sultan Suleiman, Klang pada 23 Oktober 2022. Foto REMY ARIIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Wakil rakyat giat promosi, bantu penduduk daftar skim insurans negeri

SHAH ALAM, 3 FEB: Seramai 2,000 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang dibantu untuk berdaftar dalam Skim Insurans Am Selangor (INSAN).

Wakil rakyatnya n berkata pihaknya memberi kerjasama kerana pendaftaran inisiatif Kerajaan Negeri berkenaan secara dalam talian.

ADN Permatang Rozana Zainal Abidin

“Kita menguar-uarkan program melalui media sosial dan juga program-program bersama rakyat di lapangan seperti Jualan Ehsan Rakyat, yok medang sarapan pagi dan terkini penyerahan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas).

“Selain itu, kita juga menggalakkan penghantar makanan, pekerja e-panggilan dan golongan kurang berkemampuan mendaftar kerana jika mengambil insurans sendiri premiumnya mahal,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata skim itu mendapat sambutan menggalakkan tetapi masih ada segelintir yang tidak mendaftarkan diri.

ADN Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar 

“Di peringkat DUN, kita memang sedia membantu untuk mendaftar kepada mana-mana penduduk yang tidak tahu dan sehingga hari ini mereka datang ke pejabat.

“Selain itu, kita beri penerangan kepentingan insurans kepada penduduk menerusi program-program di luar supaya mereka tidak ketinggalan untuk terima manfaat ini,” katanya.

Wakil rakyat DUN Kampung Tunku Lim Yi Wei pula berkata beliau mengambil inisiatif menghantar surat secara fizikal dan meletakkan gegantung di sekitar kawasan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku, Lim Yi Wei

“Ini bagi memastikan semua penduduk mengetahui tentang program tersebut walaupun rata-rata mereka sudah mendaftar sendiri tanpa bantuan.

“Setakat ini, warga emas menyuarakan kelegaan kerana tidak perlu mendaftar sendiri kerana ia didaftar secara automatik,” katanya.

INSAN adalah perlindungan insurans am berkumpulan dilaksanakan agensi Kerajaan Negeri, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kepada enam juta rakyat Selangor dan ditawarkan kepada individu berumur bermula dari 30 hari sehingga 80 tahun.

Syarat kelayakan untuk mendaftar INSAN dilonggar kepada pemegang kad pengenalan atau MyKid beralamat di Selangor berbanding sebelum ini hanya pemegang kad pengenalan kod negeri ini atau pengundi di Selangor layak mendaftar.

Skim dengan nilai perlindungan RM60 bilion itu memberi perlindungan insurans sehingga RM10,000 bagi kes hilang keupayaan kekal dan kematian disebabkan kemalangan boleh didaftar mulai 1 Oktober lalu hingga 30 September tahun depan.

Pendaftaran boleh dibuat dengan memuat turun aplikasi e-dompet Wavpay melalui App Store atau Google Play sementara maklumat lanjut boleh diperoleh melalui pautan http://www.wavpay.net


Pengarang :