Pasukan Pusat Khidmat DUN Permatang mewakili wakil rakyat Rozana Zainal Abidin menghulurkan bantuan segera kepada mangsa kebakaran di Taman Seri Belimbing, Kuala Selangor pada 5 Februari 2023. Foto Facebook Rozana Zainal Abidin
ADNAGENDANASIONAL

Wang tunai, kotak makanan asas untuk mangsa kebakaran bagi meringankan beban

SHAH ALAM, 7 FEB: Empat keluarga yang ditimpa musibah selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Taman Seri Belimbing, Kuala Selangor kelmarin mendapat perhatian Ahli Dewan Negeri (ADN) Permatang.

Wakil rakyatnya Rozana Zainal Abidin tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa antaranya sumbangan wang tunai serta kotak makanan asas bagi meringankan beban mangsa.

Keadaan rumah mangsa yang terlibat dalam kebakaran dalam kebakaran di Taman Seri Belimbing, Kuala Selangor pada 5 Februari 2023. Foto Facebook Rozana Zainal Abidin

“Kelmarin kami dikejutkan dengan kejadian melibatkan empat rumah di Taman Seri Belimbing terbakar berpunca akibat litar pintas.

“Salam takziah diucapkan kepada keluarga terlibat, semoga mereka bersabar dengan dugaan menimpa. Saya harap bantuan ini dapat meringankan beban mangsa,” katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, Rozana turut mengingatkan individu sentiasa memeriksa sistem pendawaian elektrik di rumah mengikut piawaian dibenarkan bagi mengelak sebarang musibah.

“Pemeriksaan berkala harus dibuat dengan kerap dan menggunakan alatan elektrik yang diluluskan.

“Pastikan suis ditutup apabila keluar rumah,” katanya.


Pengarang :