Penduduk sekitar mengambil peluang membeli barangan dapur yang dijual murah berbanding harga pasaran sempena Jelajah Ehsan Rakyat DUN Kuang di Azalea Court Tasik Puteri, Rawang pada 22 Februari 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Warga emas tumpang niaga dalam program jualan murah raih RM400

Oleh DIANA ABD WAHAB

GOMBAK, 22 FEB: Peniaga kecil yang menjual pisang, nanas dan jagung amat bersyukur diberi peluang berniaga pada acara jualan murah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang hari ini.

Wan Rahimah Wan Mahmmood, 60, berkata berniaga dilokasi tumpuan penduduk itu membantu dirinya menambah pendapatan dan berharap diberi peluang lagi di lokasi seterusnya.

“Saya amat gembira Pejabat DUN beri peluang saya berniaga pada program jualan murah. Ini kali kedua sertai program ini memang jualan laris dan ramai yang beli sambil tunggu giliran beli barang keperluan.

“Semalam saya raih pendapatan RM400 namun masih belum tolak modal. Saya hanya berniaga di pasar malam dan hari ini (Rabu) biasanya tidak berniaga. Bila dapat peluang begini memang bantu tambah pendapatan,” katanya yang sudah dua tahun menjalankan perniagaan.

Wan Rahimah ditemui pada program Jelajah Ehsan Rakyat peringkat DUN Kuang di Azalea Court Tasik Puteri di sini, hari ini.

Kebenaran warga emas itu berniaga dilokasi berkenaan mendapat kebenaran dari penyelaras DUN Kuang setelah berbincang dengan pengurusan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor selaku pengelola jualan murah.

Peniaga gigih ini berkata beliau mendapatkan bekalan pisang dan pelbagai tanaman lain yang segar dari Sekinchan dan Sabak Bernam.

 


Pengarang :