Tinjauan orang ramai di Bazar Ramadan USJ 4 Subang Jaya pada 30 Mac 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

1,570 tapak niaga bazar Ramadan kendalian MBSJ, babit 26 lokasi

SUBANG JAYA, 31 MAC: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyediakan 1,570 tapak niaga melibatkan 26 lokasi bazar Ramadan sekitar kawasan kendaliannya tahun ini.

Jabatan komunikasi korporatnya berkata jumlah melebihi 319 petak tahun lalu bagi memberi peluang kepada peniaga di samping menawarkan lebih banyak juadah kepada pengunjung.

“Tahun ini agak istimewa dengan penyediaan Menu Rahmah serendah RM5. Ini merupakan usaha majlis menyambut saranan kerajaan memperkenalkan konsep makanan ini,” katanya menerusi kenyataan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze (tengah) bergambar pada sidang media first food rescue Bazar di Bazar Ramadan USJ 4 Subang Jaya pada 30 Mac 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Terdahulu Ahli Dewan Negeri Subang Jaya merasmikan program Walkabout Bazar Ramadan MBSJ 2023 di USJ 4 di sini.

Michelle Ng Sze Mei turut melancarkan kempen mengumpul lebihan makanan sebagai usaha mengurangkan penghasilan oksigen sekali gus mampu menjaga dan memulihara ekosistem bumi.

Sepanjang Ramadan ini MBSJ melangsungkan empat lagi program sama di Bazar Ramadan Taman Puncak Jalil (29 Mac) dan Bazar Ramadan BK 5 (4 April), Bazar Ramadan Taman Puchong Prima (7 April) dan Bazar Ramadan Taman Sri Serdang (13 April).

Bazar Ramadan MBSJ tahun ini merangkumi lima zon iaitu Subang Jaya, Kinrara, Puchong, Putra Heights dan Serdang/ Seri Kembangan.


Pengarang :