Beberapa kenderaan cuba untuk meredah banjir ketika tinjauan di Jalan Utama Yong Peng ke Muar pada 8 Mac 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

45,048 mangsa masih di pusat pemindahan, Batu Pahat paling terjejas

SHAH ALAM, 9 MAC: Seramai 45,048 mangsa banjir daripada 12,746 keluarga masih ditempatkan di 186 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah sekitar Johor setakat 8 pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan jumlah itu meningkat berbanding 42,851 orang daripada 12,083 keluarga pada 8 malam tadi, lapor Berita Harian.

Beliau berkata jumlah mangsa bah di Batu Pahat meningkat mencecah 35,099 orang manakala daerah lain iaitu Muar, Tangkak, Segamat, Mersing dan Kluang terus menurun, sementara Kota Tinggi kekal.

“Di Muar, jumlah mangsa banjir menurun kepada 4,094 orang, Tangkak (2,436), Segamat (1,444), Mersing (791), Kluang (477) dan Kota Tinggi kekal 707 orang,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) tidak mengeluarkan sebarang amaran hujan berterusan atau ribut petir di semua daerah di Johor.


Pengarang :