Beberapa kenderaan dilihat mengharungi air yang melimpahi jalanraya Kibabaig Penampang pada 14 Februari 2023 berikutan hujan lebat berlaku di daerah Penapang dan beberapa kawasan di Sabah. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

464 mangsa dipindah ke pusat pemindahan akibat banjir di Sabah

KOTA KINABALU, 1 MAC: Sebanyak 464 orang daripada 166 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir yang melanda daerah Kota Marudu dan Tongod, pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, 377 orang daripada 149 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Komuniti Kota Marudu manakala 87 orang daripada 17 keluarga dipindahkan ke PPS di Dewan Mini Kampung Simpang Entilibon di Tongod.

“Kedua-dua pusat pemindahan dibuka lewat malam tadi dan trend pemindahan ketika ini adalah kekal,” menurut kenyataan itu.

Banjir dipercayai berlaku akibat hujan lebat berterusan semalam dan cuaca pagi ini cerah di majoriti kawasan di Sabah.

Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan di satu dua tempat di Sabah pada sebelah malam ini, dan cuaca sama diramal berterusan hingga esok.

– BERNAMA


Pengarang :