Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama penerima anugerah ketika majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Setia Eco Templer, Rawang pada 3 Mac 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

86 kakitangan MPS terima anugerah perkhidmatan cemerlang

OLEH DIANA ABD WAHAB

GOMBAK, 4 MAC: Seramai 86 kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2022 dalam majlis yang berlangsung di Setia Eco Templer, di sini malam tadi.

Yang dipertuanya Dato’ Mohd Yazid Sairi berkata anugerah tersebut merupakan penghargan serta pengiktirafan kepada warga kerja MPS dalam menggalas tugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang.

“Tahniah kepada penerima dan saya berharap ia menjadi penyuntik semangat untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi, bertanggungjawab dan penuh iltizam.

“Saya berharap anugerah ini menajdi pemangkin kecemerlangan dan motivasi kepada kakitangan lain untuk terus berusaha memberi perkhidmatan terbaik kepada MPS,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPS 2022 yang dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Aminudin Shari.

Pada majlis sama MPS turut meraikan 19 pesara menerusi Anugerah Jasamu Dikenang sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah menabur bakti sepanjang berkhidmat.

Pesara MPS turut menerima sijil penghargaan serta Sijil Simpanan Premium (SSPN) bernilai RM1,000.


Pengarang :