Yang Dipertua MPAJ Mohd Fauzi Mohd Yatim (dua kanan) ditemani Setiausaha MPAJ Julaihah Jamaludin memberikata-kata semangat kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPAJ 2022 di Kuala Lumpur pada 17 Mac 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

97 kakitangan MPAJ terima anugerah khidmat cemerlang, anugerah khas

Oleh AZIAN AZIZ

KUALA LUMPUR, 18 MAC: Sebanyak 97 kakitangan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Anugerah Khas di Hotel Berjaya Times Square di sini, malam tadi.

Daripada jumlah itu, 73 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Khas Pesara (17) dan Anugerah Khas Gemulah (empat).

Tiga lagi kakitangan masing-masing menerima Anugerah Khas Sukan, Anugerah Khas Kepujian dan Anugerah Khas Pemandu selain lapan kumpulan kakitangan turut menerima Anugerah Khas Inovasi.

Kesemua penerima individu menerima wang tunai RM1,000 sementara penerima berkumpulan menerima RM1,000 dan RM1,500 beserta sijil penghargaan yang disampaikan Yang Dipertua MPAJ Mohd Fauzi Mohd Yatim.

Yang Dipertua MPAJ Mohd Fauzi Mohd Yatim menyampaikan anugerah perkhidmatan cermelang kepada Pembantu Penguatkuasa Jabatan Pelesenan Pembangunan Usahawan Jusmain Jumaat pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPAJ 2022 di Kuala Lumpur pada 17 Mac 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Menurut beliau penganugerahan ini bukan semata-mata pengiktirafan kepada warga MPAJ yang telah menunjukkan komitmen dan dedikasi yang tinggi terhadap tanggungjawab yang diamanahkan.

“Dalam erti kata lebih luas, ia langkah ke arah membudayakan kecemerlangan secara menyeluruh dalam semua aspek pengurusan dan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pemegang taruh dan penduduk Ampang Jaya,” katanya dalam ucapan perasmian.

Dalam majlis tersebut tetamu dihiburkan dengan persembahan artis Zarul Umbrella, Mamat Exist dan kumpulan Busker Kesuma Sukma Rindu.


Pengarang :