Oleh AZIAN AZIZ
SHAH ALAM, 1 MAC: Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali melancarkan Kod QR Aduan Penyelaras DUN Batang Kali semalam.
Ia bagi memastikan semua aduan sejajar dan boleh dipantau untuk tindakan segera pihak yang berkenaan.
Penyelaras DUN berkata kod QR itu akan disaring dan disasarkan kepada Pejabat Daerah Hulu Selangor, Ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Batang Kali.

“Kategori aduan adalah infrastruktur, kebersihan awam, bantuan pendidikan, kebajikan, isu kewarganegaraan, bencana (banjir kilat) dan lain-lain.
“Mohon penggunaan secara berhemah dan bersama-sama kita jayakan demi kemaslahatan ramai khususnya penduduk Batang Kali,” kata Saifuddin Shafi Muhammad dalam hantaran di Facebooknya.
Untuk pertanyaan mengenai penggunaan kod QR boleh hubungi talian 03-6081 7080 atau emel ke [email protected] atau datang ke Pusat Khidmat Rakyat DUN Batang Kali.