Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Hulu Selangor di antara Supt Suffian Abdullah dan Supt Ahmad Faizal Tahrim di IPD Hulu Selangor pada 21 Mac 2023. Foto BERNAMA
SELANGOR

Ahmad Faizal dilantik ketua polis daerah Hulu Selangor baharu

HULU SELANGOR, 21 MAC: Supt Pengajian Sains Kepolisan Pusat Pengajian Sains Pengurusan Maktab PDRM Supt Ahmad Faizal Tahrim dilantik sebagai ketua polis daerah Hulu Selangor yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Supt Suffian Abdullah yang akan berpindah ke Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras bagi mengambil alih jawatannya.

Majlis serah terima tugas jawatan berkenaan disaksikan Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

Sementara itu, Ahmad Faizal yang ditemui pemberita selepas majlis itu berazam untuk memastikan komuniti di Hulu Selangor sentiasa berada dalam keadaan makmur, sejahtera dan terkawal.

”Daerah Hulu Selangor ialah satu daerah yang semi-urban dan juga kawasan ekopelancongan serta kawalan keselamatan perlu diambil perhatian pada setiap masa,” katanya.

Ahmad Faizal, 42, menyertai PDRM pada 2003 di bawah kadet ASP dan ditempatkan di Maktab PDRM.

-BERNAMA


Pengarang :