AGENDANASIONAL

Air Selangor: Paip pecah di Bukit Raja segera dibaiki

SHAH ALAM, 24 MAC: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) giat melaksanakan kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang.

Agensi itu memaklumkan, kerja pembaikan mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 55 kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam mulai 10.00 malam ini.

“Kerja-kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya jam 6 pagi esok. Bekalan air mula disalurkan secara berperingkat apabila sistem bekalan air distabilkan setelah kerja pembaikan siap.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Air Selangor memaklumkan pihaknya mengerakkan lori tangi air ke kawasan terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

“AIr Selangor ingin menasihatkan pelanggan untuk menyimpan bekalan secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang gangguan ini,”

Maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa boleh diperoleh menerusi aplikasi Air Selangor, Facebook dan aduan boleh diajukan di Help Centre di www.airselangor.com


Pengarang :