Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Noraini Roslan berucap ketika Majlis perasmian Program Penghargaan Bandar Rendah Karbon MPK 2022 di Hotel Premier, Klang pada 15 Disember 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Aktiviti menarik nanti pengunjung program komuniti strata sihat Ahad ini

SHAH ALAM, 1 MAC: Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung program komuniti strata sihat dan sejahtera anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada Ahad ini.

Yang Dipertuanya Noraini Roslan berkata antara aktiviti itu termasuk gotong-royong, cegah denggi, pemeriksaan kesihatan dan pergigian, taklimat pemadaman kebakaran serta taklimat pencegahan scammer.

“Selain itu pameran agensi kerajaan dan swasta, program kutipan barang kitar semula dan minyak masak terpakai turut diadakan.

“Selain memperkasa dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan penduduk, program komuniti strata turut memfokuskan kepada amalan gaya hidup sihat serta persekitaran kehidupan bersih dan selamat,” katanya ketika menyampaikan perutusan pada Mesyuarat Penuh MPK Bilangan 2/2023 hari ini.

Katanya program komuniti strata pada 5 Mac ini diadakan di Padang Rekreasi, Jalan Meranti Putih 9B/KU10 Taman Desa Permai 3 Meru, Klang.


Pengarang :