Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat empat daerah Selangor, KL dan Putrajaya hingga 4 petang

OLEH SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 3 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang empat daerah di Selangor sehingga jam 4 petang ini.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan, daerah terlibat adalah Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang. Keadaan sama diramal berlaku di seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Cuaca buruk itu juga diramal melanda Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai), Terengganu (Hulu Terengganu), Sabah: Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Sandakan serta Kudat.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :