Orang awam menggunakan payung semasa meredah hujan ketika tinjauan Bernama di sekitar pusat bandar pada 8 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat lima daerah di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 6 petang

SHAH ALAM, 29 MAC: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda lima daerah di Selangor sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan, lima daerah berkenaan ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan beberapa daerah di Negeri Sembilan, Johor, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sarawak serta Sabah diramal mengalami keadaan sama.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :