AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat, ribut petir empat daerah di Selangor hingga 10 malam

SHAH ALAM, 31 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor serta Hulu Langat hingga 10 malam.

Menurut agensi tersebut, cuaca sama diramal melanda Melaka dan Labuan selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :