AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat, ribut petir enam daerah di Selangor hingga 7 malam

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 8 MAC: Enam daerah di Selangor, seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan enam daerah terlibat ialah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Cuaca sama diramal melanda Kedah di Kulim dan Bandar Baharu; Perak (Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang); Pahang (Jerantut, Maran dan Bera) , Negeri Sembilan (Jempol) dan Johor (Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Turut dijangka mengalami cuaca sama ialah beberapa daerah di Sarawak iaitu Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Sementara di Sabah pula di Tambunan dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata agensi itu menerusi Facebook.

Sehubungan itu orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :